Monday, January 31, 2011

Kesian kat baby tue..

Geram betul bila baca artikel macam nie... tergamak sungguh orang nie... Apa dah tak der lagi ker perasaan kesian dalam hati mereka nie... cuba korang tengok baby tue... ish... sedey aku... masih bertali pusat plak tue... Apalah dosa dia hingga sampai nya hati mak ngan bapak dia"mencampakkan" mayat bayi yang tak berdosa nie macam nie... Sedangkan bagi aku proses nak mengandung dan melahirkan  tue bukan satu proses yang senang...  Tak datang ke keinsafan di hati mereka??? Ya Allah tunjukkanlah mereka jalan-Mu agar mereka tak sesat selamanya...

Mayat bayi dicampak dalam longkang





BATU PAHAT - Penduduk Taman Mekar, Ayer Hitam dekat sini gempar apabila mayat seorang bayi lelaki lengkap dengan tali pusat dan uri ditemui di dalam longkang berair yang masih dalam pembinaan di kawasan perumahan tersebut pagi semalam.
Mayat bayi itu ditemui seorang pekerja kontrak, Hamid Marsuki, 43, pada pukul 8.10 pagi ketika hendak memulakan tugas membina tembok rumah dan longkang di Jalan Mekar 5 di taman tersebut.
MAYAT bayi lelaki yang masih mempunyai tali pusat dan uri ditemui di dalam longkang di Ayer Hitam, Batu Pahat semalam.

4 comments:

  1. astaghafirullah hal'azim..kejam manusia skrg!

    ReplyDelete
  2. ya Allah.. kejam nye..!! kesian pade baby tu...

    ReplyDelete
  3. x berhati perut...kesian baby tu... T_T

    ReplyDelete