Tuesday, January 18, 2011

Jangka Hayat Penggunaan Kosmetik

Nie aku nak share sikit tip untuk penggunaan kosmetik yang selalunya orang macam aku nie dok peram bertahun2... maklumler... sekali sekala jer.. bila mood nak melaram aku gunakan... maklum ler aku nie org yang agak simple terlampau... setakat nak gie keje tu aku guna bedak baby jer... lipstik pun kadang-kadang jer tercalit kat bibir aku nie.... 
Antara kosmetik yang aku nak share....


  • Concealer 
Gunakan dalam masa masa 12 bulan sahaja
  • Bedak Asas 
Bedak yang berasaskan air akan bertahan sehingga 12 bulan manakala bedak berasaskan minyak baik digunakan sehingga 18 bulan sahaja 

  • Lipstik 
Mampu bertahan sehingga 2 tahun sahaja

  • Penggaris Mata
Harus ditajamkan selalu dan baik digunakan sehingga 2 tahun

  • Maskara
Maskara yang melebihi 3 bulan pengeluarannya sebaik-baiknya tidak digunakan lagi

  • Pensil Bibir
Mampu memberi kesan lakaran yang baik untuk 2 tahun penggunaan

  • Pembayang Mata
Sebaik-baiknya digunakan dalam tempoh 2 tahun

  • Bedak Debu
Kesan sapuan yang baik serta sempurna boleh diperolehi daripada bedak yang tidak melebihi dua tahun dari tarikh pengeluaran.







5 comments:

  1. aiyak.. ada eyeshadow yg da lebih 2 tahun.. kena buang laa ni? huhu~

    p/s: tq follow saya.. ni award 4 u.. =D
    award comey lotey untuk kawan-kawan aje..

    ReplyDelete
  2. hehe.. jom kemaskini kosmetik yang kita ada...

    ReplyDelete
  3. thanks akak for the info...yana pun banyak mekap2 yang terperap ni..huuhuh..harus r dicampak dalam tong sampah aje

    ReplyDelete
  4. ye la aku pon same xtau dah berape thun tersimpan xpakai2....

    ReplyDelete