Monday, January 31, 2011

Jangan bersedih..

Janganlah kamu bersedih...
kerana...
segala penyakit akan hilang..
musibah akan lesap..
dosa akan diampuni..
hutang akan terbayar..
yang berlalu akan kembali...
yang berbuat maksiat akan bertaubat..
dan yang miskin akan kaya....

Janganlah engkau bersedih..
Apabila kau mengetahui
malam yang gelap gelita
akan terang..
dan angin taufan menjadi tenang..
maka segala ketegangan hidupmu..akan reda..
hidupmu akan tenang.. dan
masa depanmu akan bahagia...

Janganlah engkau bersedih..
lihatlah panasnya mentari..
dapat disejukkan oleh naungan hijau dedaunan..
kehausan dapat dihilangkan..
dengan air yang sejuk..
Rasa lapar dapat dihilangkan
dengan sepotong roti..
Dan sakitnya seseorang dapat hilang..
dengan kenikmatan sihat...

Yang perlu kamu lakukan...
Hanyalah sedikit bersabar..
dalam menghadapi segala cubaan itu...

No comments:

Post a Comment