Thursday, December 30, 2010

Kenali 3 Jenis Tudung Kain Bawal

Pasti korang biasa terdengar dengan tudung bawal... Walaupun sekarang nie terdapat pelbagai jenis tudung dipasaran... tapi aku rasa tudung bawal nie masih ada dan mempunyai tarikan sendiri... Bile terbaca artikel nie aku teringin plak nak share.. dan aku ringkaskan jer.. supaya senang sikit nak baca... Bawal nie juga dikenali sebagai voile dalam bahasa Inggeris boleh kita bahagikan pada 3 jenis...

Bawal nombor satu..
Juga dikenali sebagai bawal akhbar.Kain jenis nie juga dipanggil Japanese voile.Merupakan jenis kain yang paling cantik.Ia akan cantik terletak bila digayakan sebagai tudung.Ia tak perlu diseterika selalu,kerana selepas diseterika ia masih kekal terbentuk walau direnyukkan.Ini merupakan kain bawal gred A dan dah Gred A dah tentu paling mahal kan... Kain jenis nie juga.. tahan lasak.. Basuhan mesin juga tidak akan mencacatkan kehalusan tekstur tudung jenis nie.. namun sebaiknya kita mencucinya dengan basuhan tangan bagi menjaga sulaman dan tampalan kristal pada tudung...

Bawal Gred Dua
dikenali sebagai Bawal Nombor 2 atau Korean voile.Jenis nie pun masih selesa dipakai.. Teksturnya hampir menyamai Bawal nombor satu.. cuma susunan benangnya lebih rapat,, jadi ia kelihatan lebih tebal sedikit daripada Bawal Nombor Satu..Tudung dari gred kain nie kebanyakannya disulam dan harganya lebih murah sedikit berbanding Nombor 1.. Dah tentulah kan..:)

Bawal Cina 
atau dikenali Chinese voile.Merupakan yang paling murah. Lebih sesuai digunakan sebagai tudung harian.biasanaya sulamannya juga lebih ringkas.Bila selalu dicuci, teksturnya juga akan berubah.. biasanya ia kelihatan berkerutu di permukaan 

Kita Ibarat Pengembara

Abdullah bin Umar menceritakan,
Rasulullah pernah memegang bahunya
dan Baginda berkata....

"Jadilah kamu ketika hidup di dunia ini
ibarat orang asing yang berada di sesuatu tempat,
atau pegembara yang masih berada dalam perjalanan"

"Apabila kamu berada pada waktu petang,
jangan ditangguhkan amalan baik
sehingga tiba pagi esoknya."


"Apabila kamu berada di waktu pagi,
jangan ditangguhkan amalan baik
sehingga tiba waktu petang."

"Gunakan waktu ketika kamu sihat
dengan melakukan amalan baik bagi
menggantikan amalan
yang kamu tidak mampu melakukan
ketika kamu sakit."

"Gunakan waktu ketika kamu masih hidup
dengan melakukan amalan baik
sebagai menggantikan amalan
yang memang takkan dapat kamu lakukan
selepas kamu mati".

Esok cuti!!!!!!

Hehehe... seronoknya esok cuti!!!...
Tu yang PM kita umumkan
atas kejayaan pemain bola sepak negara kita nie...
tapi apa-apa pun tahniah
kepada semua pemain bola kebangsaan
kerana telah mengharumkan lagi nama negara
dengan menjuarai
Kejohanan Bola Sepak Piala Suzuki AFF 2010
setelah sekian lama kita menunggu untuk menjuarainya...
Nampaknya dah ada peningkatan ler
tahap pemainan bola sepak negara kita nie....
Dengan harapan kepada
semua pemain agar dapat memantapkan lagi
permainan mereka di masa akan datang...
Jangan berhenti setakat nie jer... Ok...
Congratulations pada semua.... dan
Terima Kasih PM sebab bagi aku cuti...
boleh luangkan masa dengan Hubby  dan anak-anak 
untuk celebrate New Year skali hehehe:)

Wednesday, December 29, 2010

Legakan selsema bayi...

Bayi mudah meragam dan tidak selesa apabila selsema... 
Salah satu cara nak atasinya, 
dengan menggunakan kunyit hidup. 
Tumbukkan sedikit kunyit hidup dan
sapukan pada batang hidung bayi... 
Insyaallah... Selsema akan reda...

Wednesday, December 22, 2010

Cantik di hati..

  • Jangan terlalu bangga dengan pakaian cantik dan mahal..
kerana......
Pakaian terakhir kita adalah kain kapan...
  • Jangan terlalu bangga dengan kereta mewah...
kerana....
Kereta terakhir kita adalah van jenazah
  • Jangan terlalu seronok dengan tempat tidur yang empuk dan nyaman...
kerana...
Tempat tidur terakhir kita adalah liang lahad
  • Jangan pula ego dan bongkak kerana mampu memiliki rumah mewah bak istana,
kerana...
Rumah terakhir kita adalah kubur bertiang dua
  • Jangan terlalu megah dengan pangkat dan darjat
kerana
Bila kita sudah tiada nanti, gelaran kita Almarhum
  • Hati yang ikhlas tidak terkesan dek pujian...
mahupun calar dek kejian.
Hati yang ingat akan mati akan sentiasa
Hidup

Sunday, December 19, 2010

Makna airmata........

air mata yang sukar dimengerti...
Sesunggunya Allah ada sebab mengapa wanita mudah menangis.. 
Saat Allah menciptakan wanita, Dia menjadikannya sangat penting.. 
Allah ciptakan bahunya,agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya...
Walaupun bahu itu cukup nyaman dan lembut untuk
menahan kepala bayi yang sedang tidur...
Allah berikan wanita kekuatan
untuk melahirkan zuriat daripada rahimnya.. 
Dan sering kali pula menerima cerca dari anaknya... 
Allah berikan ketabahan yang membuatnya tetap bertahan..
pantang menyerah.. disaat ada insan lain yang berputus asa... 
Wanita diberikan Allah dengan kesabaran,
untuk merawat keluarganya..
walau letih,sakit,lelah dan tanpa keluh kesah...
Allah berikan perasaan peka dan kasih sayang
untuk mencintai semua anaknya,dalam situasi apa pun... 
Biarpun anak-anak sering melukai hatinya.... 
Sentuhan lembut ibu mampu memberi keselesaan dan ketenangan... 
disaat anaknya mahu tidur..
Allah juga memberi kekuatan untuk membimbing suaminya..
melalui masa getirnya dan menjadi pelindung baginya..
Bukankah tulang rusuk suami yang melindungi setiap hati dan jantung wanita???.... 
Allah kurniakan kepadanya kebijaksanaan 
untuk membolehkan wanita menilai tentang peranan kepada suaminya... 
Sering kali pula kebijaksanaan itu menguji kesetiaan 
yang diberikan kepada suami agar tetap saling melengkapi dan menyayangi.... 
Dan yang paling penting....., 
Allah berikanya airmata agar dapat mencurahkan perasaannya.. 
Agar boleh digunakan bila-bila masa yang dikehendakinya... 
kerana hanya ini kelemahan yang dimiliki oleh wanita..



 

Friday, December 17, 2010

Kehebatan Mengkudu

 Baru-baru nie aku terbaca ler artikel mengenai mengkudu nie.. tambahan plak masa tue aku baru jer dilanda antara penyakit-penyakit yang tersenarai kat bawah nie... So aku nak ler share ngan korang antara kebaikan mengkudu nie...

Jus mengkudu boleh diperolehi daripada buah mengkudu yang masak.. Buah mengkudu dihancurkan untuk mendapatkan jus yang tulen.. Kajian oleh beberapa makmal penyelidikan dalam dan luar negara.. mendapayi jus mengkudu memberi kesan positif kepada penyakit-penyakit berikut:-
  • Sistem pernafasan (sinus,asma, bronkitis dan hingus meleleh)
  • Penghadaman (kembung perut,cirit birit,muntah-muntah,tidak hadam dan keracunan makanan.)
  • Kardiovaskular(Mengurangkan tekanan darah tinggi dan menurunkan aras kolesterol)
  • Gangguan dalam tubuh (Kencing manis,migrain,sakit ginjal, buah pinggang,pundi kencing,psoriasis dan tiriod)
  • Mulut dan Tekak (radang tekak,sakit gusi,sakit tekak dan batuk)
  • Demam (demam,muntah-muntah dan selsema)
  • Sakit tulang dan sendi (arthritis,gout,terseliuh dan terkehel)
  • Penyakit Kulit (Bisul,luka dan ulser kulit)
  • Sakit Puan (Keputihan,senggugut dan gangguan haid)
  • Ketumbuhan atau tumor
  • Mampu membina sel-sel baru di bawah kulit kepala dan menghasilkan rambut
  • Mengembalikan kekuatan benih lelaki dan perempuan

Thursday, December 16, 2010

Kenapa ngan aku????

Hai semua... agak lama aku senyap n of course tak update apa-apa dalam blog aku nie.... hehe... erm.. baru hari nie aku berkesempatan nak bercerita kemana kah hilangnya aku nie... Terlalu banyak halangan untuk aku update blog nie... :)
Hilangkan Stress..
      Mula2 line broadband aku... ntah naper ntah... sampai nak buka blog nie pun... tinggal header jer.. dari sejam aku tunggu hingga ler makan tiga..empat jam... uish... tension btol lah... puas aku cal sana sini tanya line broadband orang... diaorang kata ok jer... aik...!! naper nie... line nie btol2 buat aku hilang sabar.... Grrrrr.....Geram!!!!!  Tapi sekarang dah ok balik... tu pun lpas aku cal service centre... tank u guys..coz help me... ewah... speaking ler plak...:)

       Baru hati berbunga riang... kerana line dah ok... tetiba lak.. aku diserang sakit perut... demam..n sakit tekak lagi.... Arghhhhhhhh!!!!!!!  Mana ler terdaya badan aku nie.... tambahan plak aku breastfeed... erm...Korang bayangkanlah.. dah tentu aku lembik... dengan tak makannya aku nie...terus dok jer baring atas katil sampai nak bangun pun tak terdaya.... Huhuhu.. sedey giler....:(

       Menambahkan sedey lagi hati aku nie.... my baby.. Zahra.. pun terjangkit penyakit aku nie.... Sampai hari nie... aku gie lagi klinik bawak dia follow up... kata doktor... Lung dia penuh ngan kahak... n korang tau ler baby.. bukan bleh buang sendiri kahak tu... dia batuk-batuk pun.. dia telan balik... So dengan muka tak malunya.. aku terpaksa ler minta balik awal kat bos aku... nak bawak dier klinik... n Alhamdulillah... nampaknya.. ada peningkatan dari semalam... hehehe....Korang.. doakan Zahra sihat ok... Kesian tengok dia... nak tido pun susah...:P

Kulit bayi cantik dan halus

Bagi mencantikkan kulit bayi yang bakal lahir,sebagai ibu,
korang bolehlah mengamalkan memakan epal hijau setiap hari...
Insyaallah korang akan berpuashati dengan hasilnya nanti....:P

Thursday, December 2, 2010

Sering lupa???

Sering lupa? Jika terlalu kerap berlaku, memang menimbulkan masalah.. dan menganggu kehidupan seharian... Insyalllah tip yang aku nak kongsi nie dapat membantu..

Amalkan tidur yang cukup
 satu pertiga hidup kita dihabiskan dengan tidur..Namun, ada orang yang suka tidur lewat atau mengabaikan tidur yang cukup... Badan kita perlukan rehat..Keletihan hanya akan menggangu maklumat / data yang telah disimpan oleh otak dan juga menjejaskan kemampuan untuk mempelajari sesuatu yang baru. Tidur yang cukup pada malam hari dapat mambantu daya ingatan kita berfungsi.

Mengawal tekanan 
Tekanan hanya akan membuatkan jiwa tidak tenteram dan menyebabkan kesihatan terganggu malah menyebabkan kita kurang peka dengan persekitaran kita. Tekanan menyebabkan kita tidak dapat berfikir dengan jelas dan menyebabkan daya ingatan kita merosot.Antara cara untuk mengawal tekanan adalah seperti bermeditasi,membaca Al-Quran,yoga,sauna dan aroma terapi. 

Berhati-hati ambil vitamin atau makanan tambahan. 
Sesetengah produk yang dijual di farmasi tidak sesuai dengan kita.Ada yang kononnya dapat meningkatkan daya ingatan tapi.. boleh mendatangkan kesan sampingan. Oleh itu, adalah lebih baik kita mendapatkan vitamin yang diperlukan melalui pemakanan seimbang atau rujuk dulu kepada doktor yang bertauliah sebelum membeli sebarang makanan tambahan. 

Bersenam
Bersenam dapat mengerakkan otot-otot dan melancarkan peredaran darah ke otak.Oleh itu daya ingatan kita juga akan menjadi lebih baik.

Elakkan kemurungan
Kemurungan dalam hidup akan menyebabkan hidup kita tidak ceria.Kita akan sentiasa berada dalam keadaan tidak segar dan kecewa. Ini akan mempengaruhi daya ingatan dari menginggati sesuatu dengan baik. Ubatilah kemurungan sebelum ia menjadi lebih serius.

Belajar Sesuatu yang baru 
Cubalah aktifkan pemikiran dengan mempelajari sesuatu yang baru misalnya kursus kemahiran pendek, menghadiri ceramah motivasi dan sebagainya..

Permainan
Bermain sesuatu permainan seperti catur, 'scrabble' (Sahiba) dan Monopoli dapat merangsang minda.jadi pilihlah permainan yang mencabar minda kita okay...

Banyak Membaca 
Jadikan amalan membaca sebagai aktiviti harian. Ia dapat meluaskan pengetahuan, mengembangkan minda dan menajamkan ingatan.Cuba ingat sedikit-sedikit fakta didalam buku yang dibaca...

Fokus
daya ingatan dapat dilancarkan sekiranya kita fokus terhadap sesuatu.Kita dapat mempelajari dengan menumpukan fikiran kita pada sesuatu pekara dan mencatatkan apa yang kita fikirkan. 

Bermain dengan angka 
Asah minda dengan bermain dengan angka. Contohnya menghubungkaitkan angka-angka tersebut dengan sesuatu bagi meningkatakan daya ingatan

Membaca Al-Quran
Amalkan membaca Al-Quran walau sehelai muka surat setiap hari. Al-Quran dapat menerangkan jiwa, menenangkan perasaan dan menajamkan daya ingatan

Wednesday, December 1, 2010

Aku penat nie...

Penatnyer.. aku...
Apa ler aku nak merapu hari nie... dah berapa hari aku tak post apa-apa dlm blog aku nie... Busy sangat... huhuhu... Busy mende le aku tue kan???.... ye ler... Minggu nie hubby aku tak der... Kuar pie Sibu... so tinggal ler aku terkontang kanting ngan anak-anak... Mana nak pie keje... nak balik nengok umah aku yang macam kapal karam tue.. bak kata arwah mak aku dulu... Selalunya ringan sikit keje aku kalo hubby ader... Mana taknya... sekurang-kurangnya.. biler aku nak masak ker.. nak kemas umah ker... bleh gak ayahnya tolong layan anak-anaknya... Nie tak... tambahan plak Zahra yang baru nak masuk 6 bulan nie... dah mula tunjuk perangai dia yang baik tue... suruh aku nie layan dier jer... aku letak mula ler dia menanggis kalo tengok aku ke hulu ke hilir depan dia... tapi tak layan dia... Lagi pun ntah kenapa sehari dua nie aku rasa badan aku penatttt sangat.... (Cuba korang tengok mata aku kat sebelah tue... Penatkan.... hehehe)
Ish.. macam dah tua sangat plak aku nie kan.... tapi betol!!! aku pun tak tau kenapa... Minggu nie aku penatttt sangat... sampaikan kalo nak tengok laptop kat umah aku tu pun aku rasa tak berdaya sangat... Agak-agaknya apalah yang terjadi pada aku nie kan???.. kalo korang ader idea nak bagi tips untuk aku menghilangkan kepenatan aku nie... sila-silalah...:P

Sakit perut tanda kanser perut


Gambar menunjukkan kanser perut. - Gambar hiasan


SAKIT perut jangan diambil mudah. Mungkin ramai daripada kita bila sakit perut anggap ia tidak serius dan biar hilang sendiri.
Kalau berubat pun memadai dengan menyapu minyak angin atau ambil ubat gastrik.
Tetapi hakikat yang perlu disedari ialah ia mungkin sebahagian daripada petanda awal kanser perut. Ini merupakan kanser ketujuh paling lazim dialami oleh lelaki dan kesepuluh paling lazim bagi wanita di Malaysia.
Berdasarkan statistik, kes kanser perut di negara ini telah meningkat berkali ganda sejak.
Statistik 2006 oleh Institut Kanser Kebangsaan menunjukkan kaum Cina mewakili 61. 7 peratus daripada pesakit kanser perut. Ini diikuti Melayu (25.9 peratus) dan India (12.4 peratus).
Pakar Perunding Gasteorologi Hospital Pusat Kanser Kebangsaan Tokyo, Jepun, Dr. Tekeshi Sano berkata, ramai tersalah anggap mengenai sakit perut sebagai masalah kesakitan biasa ekoran tersilap makan atau terlambat makan.
''Keadaan tersebut sekiranya dibiarkan berlarutan, ia akan memberikan kesan sehingga membawa maut,''katanya ketika membentangkan kertas kerja pada Kongres Ketiga Kanser Gastroesofageal di Pusat Perubatan Sunway, Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini.
Menurut Dr. Sano, jika seseorang mengalami sakit perut lebih daripada dua kali seminggu secara berterusan ia kemungkinan mereka diserang kanser perut.
''Pemeriksaan awal penting untuk mengenal pasti atau mengesan kanser pada pesakit.
"Walaupun tidak ada gejala dan tidak mempunyai sejarah penyakit kanser perut, namun penyakit ini boleh menyerang tanpa
sebarang tanda.
''Adalah penting untuk menjalani pemeriksaan atau ujian,'' ujar beliau.
Jelas beliau, melalui teknologi moden, kanser perut boleh dikesan tanpa perlu membuat pembedahan dan juga cepat.
''Kanser perut ini boleh dikesan menggunakan kaedah endoskopi. Satu tiub dengan lensa video pada hujungnya yang dimasukkan ke dalam perut menerusi mulut ataupun dubur.
''Menggunakan kaedah ini, keseluruhan dinding boleh diperiksa. Contoh tisu di tempat-tempat yang disyaki akan diambil untuk menentukan kehadiran sel barah itu,'' ujarnya.
Proses itu tidak menyakitkan kerana pesakit akan diberikan dos pelali terlebih dahulu.
Bagaimanapun, terdapat juga yang membuat secara terangan di mana satu alat sebesar jari kelingking akan dimasukkan melalui mulut.
Katanya, mereka yang menjalani rawatan tersebut dikenakan caj yang minimum kerana ada subsi kerajaan.
Kata Dr. Sano, sekiranya terdapat sel yang menyebabkan kanser dan masih di peringkat awal, pembedahan tidak perlu di lakukan.
''Ia boleh dikeluarkan menggunakan endoskop, bagaimanapun sekiranya berada di tahap yang serius pembedahan susulan akan dilakukan bagi mengelakkan keadaan semakin kritikal", kata beliau lagi.
Malah jangka masa untuk membuat rawatan itu juga tidak terlalu lama iaitu selama 10 hingga 20 minit.
Bagaimanapun sekiranya pesakit berada ditahap yang kritikal iaitu peringkat tiga dan empat ia mungkin sukar untuk dirawat.
''Rawatan bagi mereka ini lebih kepada radioterapi ataupun kemoterapi. Jalani pemeriksaan awal kerana ia boleh dikawal secepat mungkin," katanya.
Cara mengawal kanser perut
- Amalkan tabiat pemakanan yang sihat. Apa yang anda makan dan cara makan amat penting. Makanlah secara sederhana, pada waktu yang ditetapkan dan makanlah dengan tenang.
- Kekalkan berat badan yang sihat. Masalah pencernaan boleh terjadi tidak kira berapa berat badan anda. Tetapi, pedih hulu hati, kembung dan sembelit lebih ketara di kalangan mereka yang terlebih berat badan.
- Senaman aerobik yang meningkatkan kadar pernafasan dan degupan jantung juga merangsang aktiviti otot-otot usus, membantu untuk membuang sisa-sisa makanan melalui usus anda dengan lebih cepat. Lakukan sekurang-kurangnya 30 minit aktiviti aerobik setiap hari.
- Kawal tekanan. Tekanan akan meningkatkan risiko anda menghidap sakit jantung dan strok, melemahkan sistem ketahanan anda dan boleh mencetus atau memburukkan lagi masalah kulit yang dialami. Ia juga meningkatkan penghasilan asid perut dan memperlahankan sistem pencernaan.
- Disebabkan tekanan merupakan sesuatu yang sukar untuk dielakkan bagi kebanyakan orang, cara terbaik adalah mengawalnya dengan berkesan.
- Salah satu langkah paling mudah dilakukan ialah dengan mengamalkan diet berkhasiat, dapatkan rehat secukupnya, lakukan senaman dan rehat dengan cara-cara yang menyihatkan. Jika anda bermasalah untuk berehat, anda boleh mengambil meditasi, yoga atau tai chi.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1130&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kesihatan&pg=kn_01.htm