Thursday, November 11, 2010

Urap Pegaga dan Daun Selom

Bahan-bahan yang diperlukan,
 
200gm Daun pegaga (diracik halus)
200gm Daun selom (diracik halus)
2 biji   Bawang merah
1 Ulas Bawang putih
1/2 inci belacan
4-5 biji cili padi
2cm halia muda
Sesenggam udang kering 
1 sudu makan jus limau kasturi
Sedikit kelapa parut (ambil yang putih jer)
garam n gula secukup rasa.

Cara-caranya..

Mula-mula korang goreng (tanpa minyak) bawang merah,bawang putih,udang kering dan halia.
Tumbuk bahan-bahan yang digoreng tadi bersama cili padi dan belacan sehingga lumat.
Gaulkan bahan-bahan yang ditumbuk bersama daun pegaga dan daun selom tadi.
Masukkan jus limau,garam dan gula secukup rasa.
Akhir sekali bolehlah dimasukkan kelapa parut dan kacau hingga sebati.

* daun pegaga n daun selom tu korang bolehlah basuh dengan air garam bagi memastikan kebersihan daun-daun tu sebelum korang racik
*resepi nie kalau makan dengan nasi panas... best.. yummy..yummy...





No comments:

Post a Comment