Thursday, November 18, 2010

Menjaga Kesegaran Buah

Korang tau tak apabila buah-buahan segar dikupas atau dipotong, satu enzim yang dikenali sabagai polyphenol oxidase terdedah dan ini secara langsung bertindakbalas dengan oksigen di udara.Tindakbalas pengoksidaan ini sebenarnya yang menyebabkan buah-buahan bertukar menjadi lembam dan berwarna kecoklatan..Biasanya lebam nie terjadi pada buah epal n pir...
kalau korang penggemar buah-buahan mesti korang frust bile tengok buah-buahan yang bau korang beli dah bertukar lembam n kehitam-hitaman... So kali nie lieeya nak share lah beberapa teknik untuk mencegah buah-buahan daripada rosak n lebam dengan terlalu cepat...

Teknik 1-Sapukan jus masam pada permukaan buah-buahan..
Memberus permukaan buah dengan menggunakan jus buah-buahan seperti sitrus seperti lemon,limau nipis n oren.. biasanya kalau lieeya guna lemon untuk tujuan nie...

Teknik 2-Rendam buah-buahan didalam air berasid 
Teknik nie lebih kurang jer dengan yang kat atas tue... cuma bezanya korang boleh rendam didalam air yang berisi jus lemon atau cuka epal... Selain lemon, buahan sitrus lain still boleh guna... Biasanyagunakan 1/4 cawan jus lemon untuk 11/4 air sejuk... Tujuan nak campur air sejuk adalah untuk membantu mengurangkan kadar pH yang terdapat pada permukaan buah-buahan... selain tu.. dapat gak mengurangkan jumlah oksigen pada buah-buahan yang terdedah... Tapi korang x boleh rendam buah terlalu lama dalam jus nie... takut nanti korang x boleh nak makan plak buah-buah yang korang rendam tue... Biasanya buah epal tak boleh direndam lebih daripada 15 minit.. sementara pisang tak boleh lebih dari 5 minit...tos n keringkan sebelum sedia untuk dimakan.....yummyy...... 

Teknik 3-Merendam buah-buahan menggunakan vitamin C 

Ascorbic Acids merupakan produk yang sering digunakan.. especially untuk tujuan komersial.. namun fungsi Ascorbic Acid nie sama ler macam vitamin C.. boleh berperanan sebagai anti-lebam.. Caranya.. korang boleh rendam buah-buahan yang sudah dipotong ke dalam jus epal.. sampai waktu dihidangkan...   Kenapa Epal???? Sebabnya keasidan yang terdapat dalam jus epal menghalang potongan buah-buahan korang menjadi lebam n bertukar warna.. cara lain yang paling senang... larutkan jer vitamin C500 mg dalam satu gelen air..n rendam jer... hehehe.....:)





1 comment:

  1. Slm lieya, klu gn vita C tuh ..jd ker? Mik bp biji nk rendam?

    ReplyDelete