Thursday, November 11, 2010

Kurang Tidur Boleh Tambah Berat badan.

Nie ada satu info yang saya nak share ngan uols. Mana tau info nie berguna bagi semua... terutama uols yang mementingkan pertambahan dan pengurangan berat badan hehe.. Kajian terbaru dari Universiti Chicago menunjukkan kekurangan tidur boleh menyebabkan pertambahan berat badan.

Malah, dua kajian yang disiarkan mendapati, sukarelawan yang terbabit dalam penyelidikan dengan tidak mendapat tidur mencukupi, mempunyai sejenis hormon yang kadarnya tinggi dan mencetuskan rasa lapar.

"Sehubungan itu, kami mengesyorkan mana-mana program pengurangan berat badan turut memasukkan faktor mendapat tidur yang secukupnya sebagai salah satu tips yang berguna," kata pakar tidur universiti berkenaan, Dr Esra Tasali, yang turut terbabit menghasilkan kajian itu.

Satu kajian membabitkan 18,000 dewasa yang dikeluarkan bulan lalu oleh Pertubuhan Kajian Obesiti Amerika Utara mendapati, mereka yang menikmati tidur kurang empat jam semalam, adalah 73 peratus lebih mudah untuk obese atau gemuk berbanding mereka yang tidur tujuh hingga sembilan jam lamanya.Responden yang tidur hanya lima jam mencatatkan hormon ghrelin yang meningkatkan selera makan.

Dalam kajian itu, penyelidik mendapati tahap optimum tidur bagi tujuan mengawal berat badan adalah purata 7.7 jam.

"Tindakan mengurangkan waktu tidur hanya membuatkan selera makan meningkat dan makan berlebihan."

* Lepas nie harapnya saya punya waktu tidur yang cukup hehe .........

2 comments:

  1. kurang tido..tapi aku tido lebih dah masih'comel' gak mcm ner nie...hihihitakpe aku cube ikut cr tido yg mencukupi dengan betul...thanks 4 dat info..

    ReplyDelete