Tuesday, November 23, 2010

Kaitan Makanan Dengan Pembangunan Minda (bab 2)

Entry kali adalah sambungan dari entry yang dulu (bab 1).Selain sayur-sayuran dan ikan...

3. Makanan Segera 
Ada antara makanan yang tidak digalakkan yang mungkin mengandungi racun antaranya mi dan keropok.Banyak makanan segera yang dijual di pasaran merupakan makanan harian kepada anak-anak kita kat sekolah. Biasanya makanan nie mengandungi pewarna,pengawet dan perasa monosodium glutamate yang memberi kesan negatif kepada tahap pembangunan minda kita.. Apa kata kalau kita cuba makan biskut atau keropok yang diperbuat daripada tepung beras... itu lebih menyihatkan...

4. Minyak sayuran
Majerin atau minyak sayuran iaitu minyak yang telah dibekukan lemak hydrogenated juga tidak digalakkan. Ini kerana minyak sayuran bercampur dengan hidrogen dan menghasilkan habuk2 api radikal bebas dan merosakkan sel-sel saraf, sel-sel rosak akan menjadi penyakit.

5. Koko
Makanan yang mengandungi koko juga patut dielakkan atau tidak diambil selalu memandangkan ia menghasilkan bahan2 xanthine dalam otak yang menyebabkan kita susah ingat n cepat lupa.. mudah panik dan sebagainya....

6.Buah-buahan 
Sekiranya kita mengambil sayur semasa makan tengah hari, buah-buahan pula elok dimakan ketika minum petang. digalakkan makan buah-buahan tempatan sebabnya senang diterima oleh badan kita.Sekiranya buah-buhan tu berbiji adalah lebih baik dibuang dulu biji buah tersebut sebabnya biji buah biasanya megandungi asid salisilik yang mengakibatkan alahan.

 7. Air 
Air sabagaimana yang kita tahu amat penting untuk fungsi tubuh. Air yang paling baik adalah air masak atau air yang ditapis. Selain itu, air kelapa juga elok diminum kerana ianya air mineral semulajadi. Untuk pengetahuan uols gak, kita tidak digalakkan minum susu lembu kerana sistem penghadaman kita selepas usia 2 tahun tidak lagi menghasilkan enzim yang boleh mencernakan susu lembu kalau ada pun terlalu sedikit.. Kita boleh ler ganti dengan susu soya atau susu kambing.
Kajian juga menunjukkan kandungan susu kambing mirip dengan kandungan susu ibu. Susu soya pulak, yang paling baik adalah susu soya yang kita buat sendiri... Last sekali, elakkan makan berulamkan air.Sebaik-baiknya minum 10 minit sebelum atau selepas makan. Makan berulam air menyebabkan proses penghadaman tidak sempurna dan makanan yang tidak hadam akan mengeluarkan toksik yang berbahaya dan memberi kesan buruk pada minda


No comments:

Post a Comment