Thursday, December 30, 2010

Kenali 3 Jenis Tudung Kain Bawal

Pasti korang biasa terdengar dengan tudung bawal... Walaupun sekarang nie terdapat pelbagai jenis tudung dipasaran... tapi aku rasa tudung bawal nie masih ada dan mempunyai tarikan sendiri... Bile terbaca artikel nie aku teringin plak nak share.. dan aku ringkaskan jer.. supaya senang sikit nak baca... Bawal nie juga dikenali sebagai voile dalam bahasa Inggeris boleh kita bahagikan pada 3 jenis...

Bawal nombor satu..
Juga dikenali sebagai bawal akhbar.Kain jenis nie juga dipanggil Japanese voile.Merupakan jenis kain yang paling cantik.Ia akan cantik terletak bila digayakan sebagai tudung.Ia tak perlu diseterika selalu,kerana selepas diseterika ia masih kekal terbentuk walau direnyukkan.Ini merupakan kain bawal gred A dan dah Gred A dah tentu paling mahal kan... Kain jenis nie juga.. tahan lasak.. Basuhan mesin juga tidak akan mencacatkan kehalusan tekstur tudung jenis nie.. namun sebaiknya kita mencucinya dengan basuhan tangan bagi menjaga sulaman dan tampalan kristal pada tudung...

Bawal Gred Dua
dikenali sebagai Bawal Nombor 2 atau Korean voile.Jenis nie pun masih selesa dipakai.. Teksturnya hampir menyamai Bawal nombor satu.. cuma susunan benangnya lebih rapat,, jadi ia kelihatan lebih tebal sedikit daripada Bawal Nombor Satu..Tudung dari gred kain nie kebanyakannya disulam dan harganya lebih murah sedikit berbanding Nombor 1.. Dah tentulah kan..:)

Bawal Cina 
atau dikenali Chinese voile.Merupakan yang paling murah. Lebih sesuai digunakan sebagai tudung harian.biasanaya sulamannya juga lebih ringkas.Bila selalu dicuci, teksturnya juga akan berubah.. biasanya ia kelihatan berkerutu di permukaan 

Kita Ibarat Pengembara

Abdullah bin Umar menceritakan,
Rasulullah pernah memegang bahunya
dan Baginda berkata....

"Jadilah kamu ketika hidup di dunia ini
ibarat orang asing yang berada di sesuatu tempat,
atau pegembara yang masih berada dalam perjalanan"

"Apabila kamu berada pada waktu petang,
jangan ditangguhkan amalan baik
sehingga tiba pagi esoknya."


"Apabila kamu berada di waktu pagi,
jangan ditangguhkan amalan baik
sehingga tiba waktu petang."

"Gunakan waktu ketika kamu sihat
dengan melakukan amalan baik bagi
menggantikan amalan
yang kamu tidak mampu melakukan
ketika kamu sakit."

"Gunakan waktu ketika kamu masih hidup
dengan melakukan amalan baik
sebagai menggantikan amalan
yang memang takkan dapat kamu lakukan
selepas kamu mati".

Esok cuti!!!!!!

Hehehe... seronoknya esok cuti!!!...
Tu yang PM kita umumkan
atas kejayaan pemain bola sepak negara kita nie...
tapi apa-apa pun tahniah
kepada semua pemain bola kebangsaan
kerana telah mengharumkan lagi nama negara
dengan menjuarai
Kejohanan Bola Sepak Piala Suzuki AFF 2010
setelah sekian lama kita menunggu untuk menjuarainya...
Nampaknya dah ada peningkatan ler
tahap pemainan bola sepak negara kita nie....
Dengan harapan kepada
semua pemain agar dapat memantapkan lagi
permainan mereka di masa akan datang...
Jangan berhenti setakat nie jer... Ok...
Congratulations pada semua.... dan
Terima Kasih PM sebab bagi aku cuti...
boleh luangkan masa dengan Hubby  dan anak-anak 
untuk celebrate New Year skali hehehe:)

Wednesday, December 29, 2010

Legakan selsema bayi...

Bayi mudah meragam dan tidak selesa apabila selsema... 
Salah satu cara nak atasinya, 
dengan menggunakan kunyit hidup. 
Tumbukkan sedikit kunyit hidup dan
sapukan pada batang hidung bayi... 
Insyaallah... Selsema akan reda...

Wednesday, December 22, 2010

Cantik di hati..

  • Jangan terlalu bangga dengan pakaian cantik dan mahal..
kerana......
Pakaian terakhir kita adalah kain kapan...
  • Jangan terlalu bangga dengan kereta mewah...
kerana....
Kereta terakhir kita adalah van jenazah
  • Jangan terlalu seronok dengan tempat tidur yang empuk dan nyaman...
kerana...
Tempat tidur terakhir kita adalah liang lahad
  • Jangan pula ego dan bongkak kerana mampu memiliki rumah mewah bak istana,
kerana...
Rumah terakhir kita adalah kubur bertiang dua
  • Jangan terlalu megah dengan pangkat dan darjat
kerana
Bila kita sudah tiada nanti, gelaran kita Almarhum
  • Hati yang ikhlas tidak terkesan dek pujian...
mahupun calar dek kejian.
Hati yang ingat akan mati akan sentiasa
Hidup

Sunday, December 19, 2010

Makna airmata........

air mata yang sukar dimengerti...
Sesunggunya Allah ada sebab mengapa wanita mudah menangis.. 
Saat Allah menciptakan wanita, Dia menjadikannya sangat penting.. 
Allah ciptakan bahunya,agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya...
Walaupun bahu itu cukup nyaman dan lembut untuk
menahan kepala bayi yang sedang tidur...
Allah berikan wanita kekuatan
untuk melahirkan zuriat daripada rahimnya.. 
Dan sering kali pula menerima cerca dari anaknya... 
Allah berikan ketabahan yang membuatnya tetap bertahan..
pantang menyerah.. disaat ada insan lain yang berputus asa... 
Wanita diberikan Allah dengan kesabaran,
untuk merawat keluarganya..
walau letih,sakit,lelah dan tanpa keluh kesah...
Allah berikan perasaan peka dan kasih sayang
untuk mencintai semua anaknya,dalam situasi apa pun... 
Biarpun anak-anak sering melukai hatinya.... 
Sentuhan lembut ibu mampu memberi keselesaan dan ketenangan... 
disaat anaknya mahu tidur..
Allah juga memberi kekuatan untuk membimbing suaminya..
melalui masa getirnya dan menjadi pelindung baginya..
Bukankah tulang rusuk suami yang melindungi setiap hati dan jantung wanita???.... 
Allah kurniakan kepadanya kebijaksanaan 
untuk membolehkan wanita menilai tentang peranan kepada suaminya... 
Sering kali pula kebijaksanaan itu menguji kesetiaan 
yang diberikan kepada suami agar tetap saling melengkapi dan menyayangi.... 
Dan yang paling penting....., 
Allah berikanya airmata agar dapat mencurahkan perasaannya.. 
Agar boleh digunakan bila-bila masa yang dikehendakinya... 
kerana hanya ini kelemahan yang dimiliki oleh wanita..



 

Friday, December 17, 2010

Kehebatan Mengkudu

 Baru-baru nie aku terbaca ler artikel mengenai mengkudu nie.. tambahan plak masa tue aku baru jer dilanda antara penyakit-penyakit yang tersenarai kat bawah nie... So aku nak ler share ngan korang antara kebaikan mengkudu nie...

Jus mengkudu boleh diperolehi daripada buah mengkudu yang masak.. Buah mengkudu dihancurkan untuk mendapatkan jus yang tulen.. Kajian oleh beberapa makmal penyelidikan dalam dan luar negara.. mendapayi jus mengkudu memberi kesan positif kepada penyakit-penyakit berikut:-
  • Sistem pernafasan (sinus,asma, bronkitis dan hingus meleleh)
  • Penghadaman (kembung perut,cirit birit,muntah-muntah,tidak hadam dan keracunan makanan.)
  • Kardiovaskular(Mengurangkan tekanan darah tinggi dan menurunkan aras kolesterol)
  • Gangguan dalam tubuh (Kencing manis,migrain,sakit ginjal, buah pinggang,pundi kencing,psoriasis dan tiriod)
  • Mulut dan Tekak (radang tekak,sakit gusi,sakit tekak dan batuk)
  • Demam (demam,muntah-muntah dan selsema)
  • Sakit tulang dan sendi (arthritis,gout,terseliuh dan terkehel)
  • Penyakit Kulit (Bisul,luka dan ulser kulit)
  • Sakit Puan (Keputihan,senggugut dan gangguan haid)
  • Ketumbuhan atau tumor
  • Mampu membina sel-sel baru di bawah kulit kepala dan menghasilkan rambut
  • Mengembalikan kekuatan benih lelaki dan perempuan

Thursday, December 16, 2010

Kenapa ngan aku????

Hai semua... agak lama aku senyap n of course tak update apa-apa dalam blog aku nie.... hehe... erm.. baru hari nie aku berkesempatan nak bercerita kemana kah hilangnya aku nie... Terlalu banyak halangan untuk aku update blog nie... :)
Hilangkan Stress..
      Mula2 line broadband aku... ntah naper ntah... sampai nak buka blog nie pun... tinggal header jer.. dari sejam aku tunggu hingga ler makan tiga..empat jam... uish... tension btol lah... puas aku cal sana sini tanya line broadband orang... diaorang kata ok jer... aik...!! naper nie... line nie btol2 buat aku hilang sabar.... Grrrrr.....Geram!!!!!  Tapi sekarang dah ok balik... tu pun lpas aku cal service centre... tank u guys..coz help me... ewah... speaking ler plak...:)

       Baru hati berbunga riang... kerana line dah ok... tetiba lak.. aku diserang sakit perut... demam..n sakit tekak lagi.... Arghhhhhhhh!!!!!!!  Mana ler terdaya badan aku nie.... tambahan plak aku breastfeed... erm...Korang bayangkanlah.. dah tentu aku lembik... dengan tak makannya aku nie...terus dok jer baring atas katil sampai nak bangun pun tak terdaya.... Huhuhu.. sedey giler....:(

       Menambahkan sedey lagi hati aku nie.... my baby.. Zahra.. pun terjangkit penyakit aku nie.... Sampai hari nie... aku gie lagi klinik bawak dia follow up... kata doktor... Lung dia penuh ngan kahak... n korang tau ler baby.. bukan bleh buang sendiri kahak tu... dia batuk-batuk pun.. dia telan balik... So dengan muka tak malunya.. aku terpaksa ler minta balik awal kat bos aku... nak bawak dier klinik... n Alhamdulillah... nampaknya.. ada peningkatan dari semalam... hehehe....Korang.. doakan Zahra sihat ok... Kesian tengok dia... nak tido pun susah...:P

Kulit bayi cantik dan halus

Bagi mencantikkan kulit bayi yang bakal lahir,sebagai ibu,
korang bolehlah mengamalkan memakan epal hijau setiap hari...
Insyaallah korang akan berpuashati dengan hasilnya nanti....:P

Thursday, December 2, 2010

Sering lupa???

Sering lupa? Jika terlalu kerap berlaku, memang menimbulkan masalah.. dan menganggu kehidupan seharian... Insyalllah tip yang aku nak kongsi nie dapat membantu..

Amalkan tidur yang cukup
 satu pertiga hidup kita dihabiskan dengan tidur..Namun, ada orang yang suka tidur lewat atau mengabaikan tidur yang cukup... Badan kita perlukan rehat..Keletihan hanya akan menggangu maklumat / data yang telah disimpan oleh otak dan juga menjejaskan kemampuan untuk mempelajari sesuatu yang baru. Tidur yang cukup pada malam hari dapat mambantu daya ingatan kita berfungsi.

Mengawal tekanan 
Tekanan hanya akan membuatkan jiwa tidak tenteram dan menyebabkan kesihatan terganggu malah menyebabkan kita kurang peka dengan persekitaran kita. Tekanan menyebabkan kita tidak dapat berfikir dengan jelas dan menyebabkan daya ingatan kita merosot.Antara cara untuk mengawal tekanan adalah seperti bermeditasi,membaca Al-Quran,yoga,sauna dan aroma terapi. 

Berhati-hati ambil vitamin atau makanan tambahan. 
Sesetengah produk yang dijual di farmasi tidak sesuai dengan kita.Ada yang kononnya dapat meningkatkan daya ingatan tapi.. boleh mendatangkan kesan sampingan. Oleh itu, adalah lebih baik kita mendapatkan vitamin yang diperlukan melalui pemakanan seimbang atau rujuk dulu kepada doktor yang bertauliah sebelum membeli sebarang makanan tambahan. 

Bersenam
Bersenam dapat mengerakkan otot-otot dan melancarkan peredaran darah ke otak.Oleh itu daya ingatan kita juga akan menjadi lebih baik.

Elakkan kemurungan
Kemurungan dalam hidup akan menyebabkan hidup kita tidak ceria.Kita akan sentiasa berada dalam keadaan tidak segar dan kecewa. Ini akan mempengaruhi daya ingatan dari menginggati sesuatu dengan baik. Ubatilah kemurungan sebelum ia menjadi lebih serius.

Belajar Sesuatu yang baru 
Cubalah aktifkan pemikiran dengan mempelajari sesuatu yang baru misalnya kursus kemahiran pendek, menghadiri ceramah motivasi dan sebagainya..

Permainan
Bermain sesuatu permainan seperti catur, 'scrabble' (Sahiba) dan Monopoli dapat merangsang minda.jadi pilihlah permainan yang mencabar minda kita okay...

Banyak Membaca 
Jadikan amalan membaca sebagai aktiviti harian. Ia dapat meluaskan pengetahuan, mengembangkan minda dan menajamkan ingatan.Cuba ingat sedikit-sedikit fakta didalam buku yang dibaca...

Fokus
daya ingatan dapat dilancarkan sekiranya kita fokus terhadap sesuatu.Kita dapat mempelajari dengan menumpukan fikiran kita pada sesuatu pekara dan mencatatkan apa yang kita fikirkan. 

Bermain dengan angka 
Asah minda dengan bermain dengan angka. Contohnya menghubungkaitkan angka-angka tersebut dengan sesuatu bagi meningkatakan daya ingatan

Membaca Al-Quran
Amalkan membaca Al-Quran walau sehelai muka surat setiap hari. Al-Quran dapat menerangkan jiwa, menenangkan perasaan dan menajamkan daya ingatan

Wednesday, December 1, 2010

Aku penat nie...

Penatnyer.. aku...
Apa ler aku nak merapu hari nie... dah berapa hari aku tak post apa-apa dlm blog aku nie... Busy sangat... huhuhu... Busy mende le aku tue kan???.... ye ler... Minggu nie hubby aku tak der... Kuar pie Sibu... so tinggal ler aku terkontang kanting ngan anak-anak... Mana nak pie keje... nak balik nengok umah aku yang macam kapal karam tue.. bak kata arwah mak aku dulu... Selalunya ringan sikit keje aku kalo hubby ader... Mana taknya... sekurang-kurangnya.. biler aku nak masak ker.. nak kemas umah ker... bleh gak ayahnya tolong layan anak-anaknya... Nie tak... tambahan plak Zahra yang baru nak masuk 6 bulan nie... dah mula tunjuk perangai dia yang baik tue... suruh aku nie layan dier jer... aku letak mula ler dia menanggis kalo tengok aku ke hulu ke hilir depan dia... tapi tak layan dia... Lagi pun ntah kenapa sehari dua nie aku rasa badan aku penatttt sangat.... (Cuba korang tengok mata aku kat sebelah tue... Penatkan.... hehehe)
Ish.. macam dah tua sangat plak aku nie kan.... tapi betol!!! aku pun tak tau kenapa... Minggu nie aku penatttt sangat... sampaikan kalo nak tengok laptop kat umah aku tu pun aku rasa tak berdaya sangat... Agak-agaknya apalah yang terjadi pada aku nie kan???.. kalo korang ader idea nak bagi tips untuk aku menghilangkan kepenatan aku nie... sila-silalah...:P

Sakit perut tanda kanser perut


Gambar menunjukkan kanser perut. - Gambar hiasan


SAKIT perut jangan diambil mudah. Mungkin ramai daripada kita bila sakit perut anggap ia tidak serius dan biar hilang sendiri.
Kalau berubat pun memadai dengan menyapu minyak angin atau ambil ubat gastrik.
Tetapi hakikat yang perlu disedari ialah ia mungkin sebahagian daripada petanda awal kanser perut. Ini merupakan kanser ketujuh paling lazim dialami oleh lelaki dan kesepuluh paling lazim bagi wanita di Malaysia.
Berdasarkan statistik, kes kanser perut di negara ini telah meningkat berkali ganda sejak.
Statistik 2006 oleh Institut Kanser Kebangsaan menunjukkan kaum Cina mewakili 61. 7 peratus daripada pesakit kanser perut. Ini diikuti Melayu (25.9 peratus) dan India (12.4 peratus).
Pakar Perunding Gasteorologi Hospital Pusat Kanser Kebangsaan Tokyo, Jepun, Dr. Tekeshi Sano berkata, ramai tersalah anggap mengenai sakit perut sebagai masalah kesakitan biasa ekoran tersilap makan atau terlambat makan.
''Keadaan tersebut sekiranya dibiarkan berlarutan, ia akan memberikan kesan sehingga membawa maut,''katanya ketika membentangkan kertas kerja pada Kongres Ketiga Kanser Gastroesofageal di Pusat Perubatan Sunway, Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini.
Menurut Dr. Sano, jika seseorang mengalami sakit perut lebih daripada dua kali seminggu secara berterusan ia kemungkinan mereka diserang kanser perut.
''Pemeriksaan awal penting untuk mengenal pasti atau mengesan kanser pada pesakit.
"Walaupun tidak ada gejala dan tidak mempunyai sejarah penyakit kanser perut, namun penyakit ini boleh menyerang tanpa
sebarang tanda.
''Adalah penting untuk menjalani pemeriksaan atau ujian,'' ujar beliau.
Jelas beliau, melalui teknologi moden, kanser perut boleh dikesan tanpa perlu membuat pembedahan dan juga cepat.
''Kanser perut ini boleh dikesan menggunakan kaedah endoskopi. Satu tiub dengan lensa video pada hujungnya yang dimasukkan ke dalam perut menerusi mulut ataupun dubur.
''Menggunakan kaedah ini, keseluruhan dinding boleh diperiksa. Contoh tisu di tempat-tempat yang disyaki akan diambil untuk menentukan kehadiran sel barah itu,'' ujarnya.
Proses itu tidak menyakitkan kerana pesakit akan diberikan dos pelali terlebih dahulu.
Bagaimanapun, terdapat juga yang membuat secara terangan di mana satu alat sebesar jari kelingking akan dimasukkan melalui mulut.
Katanya, mereka yang menjalani rawatan tersebut dikenakan caj yang minimum kerana ada subsi kerajaan.
Kata Dr. Sano, sekiranya terdapat sel yang menyebabkan kanser dan masih di peringkat awal, pembedahan tidak perlu di lakukan.
''Ia boleh dikeluarkan menggunakan endoskop, bagaimanapun sekiranya berada di tahap yang serius pembedahan susulan akan dilakukan bagi mengelakkan keadaan semakin kritikal", kata beliau lagi.
Malah jangka masa untuk membuat rawatan itu juga tidak terlalu lama iaitu selama 10 hingga 20 minit.
Bagaimanapun sekiranya pesakit berada ditahap yang kritikal iaitu peringkat tiga dan empat ia mungkin sukar untuk dirawat.
''Rawatan bagi mereka ini lebih kepada radioterapi ataupun kemoterapi. Jalani pemeriksaan awal kerana ia boleh dikawal secepat mungkin," katanya.
Cara mengawal kanser perut
- Amalkan tabiat pemakanan yang sihat. Apa yang anda makan dan cara makan amat penting. Makanlah secara sederhana, pada waktu yang ditetapkan dan makanlah dengan tenang.
- Kekalkan berat badan yang sihat. Masalah pencernaan boleh terjadi tidak kira berapa berat badan anda. Tetapi, pedih hulu hati, kembung dan sembelit lebih ketara di kalangan mereka yang terlebih berat badan.
- Senaman aerobik yang meningkatkan kadar pernafasan dan degupan jantung juga merangsang aktiviti otot-otot usus, membantu untuk membuang sisa-sisa makanan melalui usus anda dengan lebih cepat. Lakukan sekurang-kurangnya 30 minit aktiviti aerobik setiap hari.
- Kawal tekanan. Tekanan akan meningkatkan risiko anda menghidap sakit jantung dan strok, melemahkan sistem ketahanan anda dan boleh mencetus atau memburukkan lagi masalah kulit yang dialami. Ia juga meningkatkan penghasilan asid perut dan memperlahankan sistem pencernaan.
- Disebabkan tekanan merupakan sesuatu yang sukar untuk dielakkan bagi kebanyakan orang, cara terbaik adalah mengawalnya dengan berkesan.
- Salah satu langkah paling mudah dilakukan ialah dengan mengamalkan diet berkhasiat, dapatkan rehat secukupnya, lakukan senaman dan rehat dengan cara-cara yang menyihatkan. Jika anda bermasalah untuk berehat, anda boleh mengambil meditasi, yoga atau tai chi.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1130&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kesihatan&pg=kn_01.htm

Saturday, November 27, 2010

Miley Cyrus - The Climb - Official Music Video (HQ)

Siti Nurhaliza - Tahajjud Cinta

Tazkirah...

Hidup... ibarat putaran roda... Ada masanya kita kat atas
... n ada masanya kita kat bawah... 
Masa kita kat atas... kita ketawa gembira... bahagia...
Malah dikongsi pula bersama teman..
beruntung lah pada mereka yang menginggati kebahagiaan tue... 
Sebab ada masa dan ketikanya... 
kita akan berada dibawah... 
masih boleh kah kita ketawa.. gembira seperti sebelumnya???...... 
Sakitnya... pada siapa nak diadukan... 
Masih ada ke teman-teman ketika kita ketawa dulu...?????
Ketika itu... kita menanggis semahu-mahunya.... 
bagaikan tiada lagi hari esok.....buat kita...

Tapi kita lupa... masih ada Dia.. 
yang sudi kongsi kisah suka dan duka kita 
walau apa pun keadaannya...
Dia yang sentiasa memerhati setiap tindak tanduk kita... 
Sentiasa mendengar luahan kita.. 
samada yang terucap atau tersirat di hati... 
Sentiasa memberi pertolongan kepada kita, 
saat kita amat-amat memerlukan... 
Dia limpahkan kasih sayang-Nya yang tak terhingga 
pada setiap kita yang sentiasa menginggati-Nya... tapi.. 
persoalannya... Sentiasa ingatkah kita pada-Nya.... ???? 
walau kita tahu... Dia Maha Mengetahui....

Friday, November 26, 2010

Jalan-jalan KL

Kakak n Amani


Erm... Malam minggu tu.... boring sangat......so ... anak2 pulak sibuk ajak "jom ler jalan...ibu.. ayah...jomlah!! Kita pegi KL nak?".. Demi memenuhi hasrat anak-anak yang memang kemaruk nak jalan ke KL aku n hubby pun turutkan jer ler... (Nasib baik gak ler my abi tu sporting kalau bab layan anak2 nie)...Pegi pun dah pukul 10.00pm.. .. Anak2 memang suka tengok lampu yang berwarna warni....  Bukan nyer jalan mana-mana pun.. we all just singgah kat Dataran n kat luar bangunan KLCC... Anak2 aku nie kalau kata KL... yang dia orang tau.. KLCC jer ler....
Anak-anak aku nie memang kuat posing... terlentik-lentik kalau nampak kamera zoom kat dia orang... Ish.. anak-anak zaman sekarang...:P


Kat KLCC

Especially kakak... hobinya dari dulu.. menyanyi.. menari.. bergambar... yang tak tahannya... dia kuat make up... ntah ikut perangai sapa pun aku tak tau... sebab aku bukan ler jenis yang suka make up nie... kalau hari2 biasa... aku simple jer orangnya...yang penting hati mau bersih... hehehe... baru cantik luar dalam... tak yah nak make up sangat... betul tak? hahahaha......
Ayah yang sporting..
tapi apa yang paling best.. abi aku nie.. bapak kepada anak2 aku nie.. bleh tahan ler sporting orangnyer... katanya.. nak bagi anak2 rasa best selalu... (tapi selalu gak uols kena marah ngan ayah)... nak bagi anak2 rasa hidup nie penuh dengan benda yang menarik..... al maklum ler zmn dulu2... kalau kata nak pie jln KL tue mcm jauh jer.... tambahan plak.. background family we all... yang bukan ler orang senang... tapi x ler plak susah sangat... Setakat nak pie KL tue setahun sekali pun tidak rasanyer... so dengan azam tak mau anak2 rasa apa yang we all rasa... "Jom jalan..."

Comey gitu...
Lagipun aku rasa nie salah satu cara gak nak merapatkan anak-anak dengan parent... atleast biler tgk anak2 aku yang memang sukaaaaaa bebenar bergambar nie.. terhibur gak hati... macam-macam aksi yang dia org buat... n sekarang nie bukan sekadar bergambar jer keje anak2 aku nie... sekarang dia org nie dok belajar plak jadi photographer... Naik penuh hfon aku tu ngan gambar ntah apa-apa ntah...:P Tapi demi anak2 yang baru nak kenal dunia nie... redha jer... biar mereka mempelajari sesuatu yang baru dari pengalaman yang mereka lalui....:)




Sapa yang paling lentik?

Thursday, November 25, 2010

Buah Naga............

Uols mesti pernah dengar mengenai buah naga nie kan.... Infonya, buah naga nie amat berkesan untuk sistem peghadaman dan peredaran darah... Ia juga memberikan tindak balas yang memberangsangkan untuk mengurangkan tekanan emosi dan meneutralkan toksin di dalam badan... Buah naga nie jugak boleh mencegah barah usus,selain mencegah kandungan kolesterol yang tinggi dalam darah...  selain dapat mengurangkan lemak dalam badan.....Jom kita ramai2 makan buah naga... :P

Wednesday, November 24, 2010

Meredakan Sakit Akibat Senggugut

Ambil Segenggam halia dan tumbuk lumat.Masukkan halia tersebut ke dalam air suam.Apabila halia mendap barulah diminum air tadi... berserta dengan selawat... Hasilnya senggugut uols beransur pulih... Cuba ok...

Mengelak semut memasuki gula

Kadang-kadang bekas gula yang uols tutup rapat pun masih boleh dimasuki oleh semut.Cara yang mudah untuk menghalang semut masuk ke dalam bekas gula uols ialah dengan memasukkan beberapa kuntum bunga cengkih ke dalamnya.Try ler...:)

Kenapa kita harus berzikir

  • Boleh membuat hati tenang.."Ingatlah, hanya dengan mengingati Allahlah hati menjadi tenteram"(Ar Ra'd:28) 
  • Untuk mendapatkan pengampunan dan pahala yang besar."Lelaki dan perempuan yang banyak menyebut nama Allah, Allah telah menyediakan untuk mereka ampunan dan pahala yang besar" (Al Ahzab :35)
  •  Dengan mengingat Allah, maka Allah akan ingat kepada kita. "Kerana itu, ingatlah kamu kepadaKu, niscaya Aku ingat (pula) kepadamu (dengan memberi rahmat dan pengampunan)". (Al Baqarah :152)
  • Zikir itu diperintahkan oleh Allah agar kita berzikir sebanyak-banyaknya."Hai orang-orang yang beriman,berzikirlah dengan menyebut nama Allah, zikir yang sebanyak-banyaknya. Dan bertasbihlah kepadaNya di waktu pagi dan petang." (Al Ahzab :41-42)
  •  Banyak menyebut nama Allah akan menjadikan kita beruntung. "Dan sebutlah (nama) Allah sebanyak-banyaknya agar kamu beruntung." (Al Anfal :45)
  •  Zikir membezakan antara orang mukmin dan munafik, kerana orang munafik tidak mahu berzikir kepada Allah kecuali hanya sedikit sahaja. "Sesungguhnya orang-orang munafik itu menipu Allah dan Allah akan membalas tipuan mereka.Dan apabila mereka berdiri untuk solat,mereka berdiri dengan malas.Mereka bermaksud riya' (dengan solat) di hadapan manusia.Dan tidaklah mereka menyebut Allah kecuali sedikit sekali." ( An Nisaa':142)
  • Zikir merupakan amal ibadah yang paling mudah dilakukan.

Tuesday, November 23, 2010

Kaitan Makanan Dengan Pembangunan Minda (bab 2)

Entry kali adalah sambungan dari entry yang dulu (bab 1).Selain sayur-sayuran dan ikan...

3. Makanan Segera 
Ada antara makanan yang tidak digalakkan yang mungkin mengandungi racun antaranya mi dan keropok.Banyak makanan segera yang dijual di pasaran merupakan makanan harian kepada anak-anak kita kat sekolah. Biasanya makanan nie mengandungi pewarna,pengawet dan perasa monosodium glutamate yang memberi kesan negatif kepada tahap pembangunan minda kita.. Apa kata kalau kita cuba makan biskut atau keropok yang diperbuat daripada tepung beras... itu lebih menyihatkan...

4. Minyak sayuran
Majerin atau minyak sayuran iaitu minyak yang telah dibekukan lemak hydrogenated juga tidak digalakkan. Ini kerana minyak sayuran bercampur dengan hidrogen dan menghasilkan habuk2 api radikal bebas dan merosakkan sel-sel saraf, sel-sel rosak akan menjadi penyakit.

5. Koko
Makanan yang mengandungi koko juga patut dielakkan atau tidak diambil selalu memandangkan ia menghasilkan bahan2 xanthine dalam otak yang menyebabkan kita susah ingat n cepat lupa.. mudah panik dan sebagainya....

6.Buah-buahan 
Sekiranya kita mengambil sayur semasa makan tengah hari, buah-buahan pula elok dimakan ketika minum petang. digalakkan makan buah-buahan tempatan sebabnya senang diterima oleh badan kita.Sekiranya buah-buhan tu berbiji adalah lebih baik dibuang dulu biji buah tersebut sebabnya biji buah biasanya megandungi asid salisilik yang mengakibatkan alahan.

 7. Air 
Air sabagaimana yang kita tahu amat penting untuk fungsi tubuh. Air yang paling baik adalah air masak atau air yang ditapis. Selain itu, air kelapa juga elok diminum kerana ianya air mineral semulajadi. Untuk pengetahuan uols gak, kita tidak digalakkan minum susu lembu kerana sistem penghadaman kita selepas usia 2 tahun tidak lagi menghasilkan enzim yang boleh mencernakan susu lembu kalau ada pun terlalu sedikit.. Kita boleh ler ganti dengan susu soya atau susu kambing.
Kajian juga menunjukkan kandungan susu kambing mirip dengan kandungan susu ibu. Susu soya pulak, yang paling baik adalah susu soya yang kita buat sendiri... Last sekali, elakkan makan berulamkan air.Sebaik-baiknya minum 10 minit sebelum atau selepas makan. Makan berulam air menyebabkan proses penghadaman tidak sempurna dan makanan yang tidak hadam akan mengeluarkan toksik yang berbahaya dan memberi kesan buruk pada minda


Friday, November 19, 2010

Suburkan pokok bunga

Cara-cara nak suburkan pokok bunga, korang bolehlah ambil hampas kopi dan taburkan di sekeliling pangkal pokok bunga. Hasilnya pokok bunga korang akan subur menghijau...

Melegakan batuk

Dalam musim-musim yang tak menentu nie pasti ada antara kita yang diserang batuk. Nie lieya nak share petua nak legakan batuk tu. Dapatkan satu sudu air limau nipis. Campurkan dengan 2-3 titik kicap manis dan minum.. Insyaallah mujarab... jom cuba :)

Menrunkan Tekanan Darah Tinggi

Bagi mereka yang mengalami tekanan darah tinggi,bolehlah mengamalkan petua nie. Ambil segenggam bijan. Gorengkan tanpa minyak sehingga kehitaman.Kemudian rendamkan bijan dalam segelas air dan minum. Amalkan dua kali sehari.. Insyaallah.... cubalah....

Thursday, November 18, 2010

Blueberry Cheesetart

Bahan-bahan..

250gm krim keju
80gm gula
3 biji telur (ambil kuning sahaja)
1 sudu teh esen vanilla 
Pes blueberry 
Tart shell (boleh beli kat kedai bahan-bahan kek) 

Cara menyediakan.. 
  • Pukul telur,krim keju,esen vanila dan gula sehingga kembang. Letak adunan dalam piping bag
  • Paipkan sedikit pes blueberry ke dalam tart shell
  • Paipkan pula adunan keju ke dalam tart shell sehingga penuh 
  • Paipkan sedikit blueberry di atas adunan untuk hasil yang menarik
  • Kacau dengan lidi untuk dapatkan bentuk yang cantik 
  • Bakar selama 15 minit pada suhu 160c


Kek Coklat Lembab (moist)

Bahan-bahannya...
125gm mentega
180gm gula kastor
90gm gula perang 
220gm tepung gandum 
30gm serbuk koko
1/4 sudu besar soda bikarbonat
2 biji telur
90gm coklat masakan (cairkan bersama air panas)
125gm air panas
 1/2 tin susu cair
1 sudu teh esen vanila 

Cara menyediakanya...
  • Gaulkan tepung bersama koko dan soda bikarbonat dan ayak.
  • Sementara tu, pukul mentega bersama gula hingga kembang
  • Masukkan telur satu per satu dan pukul
  • Masukkan tepung dan selang seli bersama bancuhan coklat dan susu. Masukkan esen vanila dan gaul hingga sebati.
  • Tuang adunan ke dalam loyang dan bakar selama 45 minit pada suhu 175 darjah celcius.
Bahan toping..
300gm coklat masakan
3 sudu besar mentega 
1/2 cwn susu cair
3 sudu besar tepung jagung dicampur dua sudu besar air.

Cara-caranya..
  • Cairkan coklat masakan dengan susu.Masukkan tepung jagung dan kacau hingga sebati. Kemudian masukkan mentega dan kacau hingga pekat

Kek Lobak Walnut

Bahan-bahannya....
300gm tepung naik sendiri 
200gm gula perang
250ml minyak jagung
4 biji telur
100gm kismis 
50gm walnut
200gm lobak merah (diparut)
1 sudu teh esen vanila


    Cara menyediakannya..
  • Pukul telur hingga kembang n masukkan minyak
  • Selepas itu masukkan gula perang dan pukul hingga sebati.Masukkan esen vanila.
  • Masukkan tepung,lobak,kismis dan walnut. Bakar dalam suhu 180 darjah celcius
  • Last sekali, hiaskan dengan krim keju.. n sedia untuk dihidang...

Menjaga Kesegaran Buah

Korang tau tak apabila buah-buahan segar dikupas atau dipotong, satu enzim yang dikenali sabagai polyphenol oxidase terdedah dan ini secara langsung bertindakbalas dengan oksigen di udara.Tindakbalas pengoksidaan ini sebenarnya yang menyebabkan buah-buahan bertukar menjadi lembam dan berwarna kecoklatan..Biasanya lebam nie terjadi pada buah epal n pir...
kalau korang penggemar buah-buahan mesti korang frust bile tengok buah-buahan yang bau korang beli dah bertukar lembam n kehitam-hitaman... So kali nie lieeya nak share lah beberapa teknik untuk mencegah buah-buahan daripada rosak n lebam dengan terlalu cepat...

Teknik 1-Sapukan jus masam pada permukaan buah-buahan..
Memberus permukaan buah dengan menggunakan jus buah-buahan seperti sitrus seperti lemon,limau nipis n oren.. biasanya kalau lieeya guna lemon untuk tujuan nie...

Teknik 2-Rendam buah-buahan didalam air berasid 
Teknik nie lebih kurang jer dengan yang kat atas tue... cuma bezanya korang boleh rendam didalam air yang berisi jus lemon atau cuka epal... Selain lemon, buahan sitrus lain still boleh guna... Biasanyagunakan 1/4 cawan jus lemon untuk 11/4 air sejuk... Tujuan nak campur air sejuk adalah untuk membantu mengurangkan kadar pH yang terdapat pada permukaan buah-buahan... selain tu.. dapat gak mengurangkan jumlah oksigen pada buah-buahan yang terdedah... Tapi korang x boleh rendam buah terlalu lama dalam jus nie... takut nanti korang x boleh nak makan plak buah-buah yang korang rendam tue... Biasanya buah epal tak boleh direndam lebih daripada 15 minit.. sementara pisang tak boleh lebih dari 5 minit...tos n keringkan sebelum sedia untuk dimakan.....yummyy...... 

Teknik 3-Merendam buah-buahan menggunakan vitamin C 

Ascorbic Acids merupakan produk yang sering digunakan.. especially untuk tujuan komersial.. namun fungsi Ascorbic Acid nie sama ler macam vitamin C.. boleh berperanan sebagai anti-lebam.. Caranya.. korang boleh rendam buah-buahan yang sudah dipotong ke dalam jus epal.. sampai waktu dihidangkan...   Kenapa Epal???? Sebabnya keasidan yang terdapat dalam jus epal menghalang potongan buah-buahan korang menjadi lebam n bertukar warna.. cara lain yang paling senang... larutkan jer vitamin C500 mg dalam satu gelen air..n rendam jer... hehehe.....:)





masa

Erm dah 2-3 hari x update blog nie... dah ler isinya ciput.. nak update kadang2 tak berkesempatan... Uish.. Masa mengejar ngan cepat skali... teringat plak zaman kanak2 lieeya... masa tu, semuanya rasa lambat sgt berlalu... nak tunggu sehari berlalu pun... wargh..lamaaaaaaanya!!! Tapi hari nie, sekarang nie... sampai x cukup masa nak buat semua benda nie... padahal sama je... dari dulu smpi ari nie... masa yang dianugerahkan masih 24 jam sehari... hehehe..... 
Dengan harapan.....Hari nie ader ler waktu yang terluang untuk update blog nie... ntah aper yang lieeya nak share masih berlegar-legar lagi dalam fikiran... nak fikir apa ekk yang menarik untuk dikongsi... untuk tatapan sebagai ilmu... so... kalau ada dari uols yang mempunyai idea untuk menambah baik blog orang yang baru merangkak dalam dunia blog nie amat dialu-alukan... meh ler....semua.. share n be frens with me... hehehe....

Tuesday, November 16, 2010

saje nak merapu..

Erm... apa yang aku nak share ek kali nie... Actually ari nie demam ler plak... Anak-anak pun tak berhenti2 batuk n selsema... kesian tgk baby nie... nak tido pun x leh... baru nak lena dah terbatuk lagi....  jaga n menanggis laggii...... n yang penatnyer aku... rase nak nanggis sama pun ader... wargh...!!!!! mana taknyer... tgk my abby kat sebelah nie tido berdengkur.. sakit hati pun ader... orang penat2 bersengkang mata... dier syok jer lena.... Ish aper ler aku nie... sabar.... dah memang kewajipan menjadi ibu n isteri... hahaha.... 
Time macam nie teringat plak arwah mak... agaknyer macam nie ler penat arwah mak menjaga aku adik beradik... terutamanya aku ler yang x abis2 sakit n menyusahkan mak... "mak... angah minta ampun n maaf atas sume yang angah dah buat..dari angah kecik sampai dah besar panjang nie... Semoga roh mak dicucuri rahmat n berada bersama org2 yg beriman...amin........

Friday, November 12, 2010

Kaitan Makanan Dengan Pembangunan Minda (bab 1)

Entry kali nie lieeya nak ajak uols share mengenai bab makan dengan minda kita nie...info nie berguna gak especially buat ibu-ibu macam aku nie...yang selalu jer prepare masakan buat soamiku.. dan anak-anak.. hehehe... Untuk pengetahuan uols, apa yang kita masak, cara kita memberi makan dan menyediakan makanan adalah sama penting dengan bahan-bahan makanan yang diberi bagi menentukan pembangunan minda dan kesihatan yang optimum setiap ahli keluarga kita....  Antaranya....

1. Sayur-sayuran.

Cara nak memilih sayur-sayur yang banyak kat pasar tu, yang seelok-eloknya terdiri drpd ulam-ulam n sayur2 yang hijau daunnya.. biasanya sayur yang kita beli mempunyai banyak bahan kimia.... tu yang kita tgk sayur tu segar jer... cantik daun nyer... padahal penggunaan baja kimia n racun serangga... yang menyebabkan sayur tu cantik begitu... .. So sebelum kita nak masak sayuran tu, basuh n rendamkan 2-3 minit ke dalam air yang dicampur ngan garam... korang akan lihat hasil-hasil yang terkeluar dari air rendaman itu... nak tau apa?......cubalah...hehehe...

Sayur tu gak hendaklah korang cuci dulu sebelum potong.. tapi kalau uols nak potong gak sayur tue, make sure jgn ler potong halus-halus sebabnya.. kalau korang potong mcm tu, vitamin yang terdapat dlm sayur tu pun hilang... n satu lagi petua.. kalau kita nak potong sayur.. lebih baik kita patah-patahkan jer... sebabnya, adalah lieeya terbaca satu info yang menunjukkan terjadinya kekurangan kandungan vitamin dlm sayur yang dipotong ngan pisau... yer ker????... tu.... x tau ler nak citer... nanti lieeya try cari kesahihan info tu balik....

Cara memasak yg terbaik.. adalah celur n rebus jer... tapi kita nie kalau hari-hari makan gitu tertelan ker.... Ader gak Cik abang lieya bunyi kata xder resepi lain ker... hehe.. Boleh jer kalo nak goreng.. tapi kena ler goreng dengan cepat... stir fries gitu... n jgn goreng dlm minyak yg banyak... Sayur tue dah penat2 masak hendak lah terus dimakan... jgn simpan lama2... sebabnya sayur tu akan menghasilkan byk habuk2 api yg menyebabkan kita mudah strees, mudah merajuk... cepat marah.. n kurang tumpuan...


2. Ikan

Cara memilih ikan plak... seelok-eloknya ikan yang bersaiz kecil n bersisik... coz ikan jenis nie biasanya tinggal di permukaan air... bukan nak kata ikan yang besar n tak bersisik tue tak elok... tapi biasanya hidupan di dasar air lebihbanyak mengandungi logam-logam berat yang berbahaya seperti kuprum,plumbum,merkuri n sebagainya.... Sisik ikan nie sedikit sebanyak dapat mengurangkan logam berat terkumpul... Logam nie untuk info...amat berbahaya kpd kesihatan kita...boleh menyebabkan keracunan jika makan dlm jumlah yang banyak n kerap....

 Cara yang paling selamat untuk masak ikan nie adalah dgn cara bakar menggunakan daun pisang... kukus... atau stim.... nak guna aluminium foil???? bukan x boleh... tapi..... aluminium yang telah masah telah terserap ke dalam ikan dan sesiapa yang memakannya akan mudah lupa n takut-takut nyayuk sebelum tua...(Alzheimers diseases)..
Kajian di negara-negara membangun telah mengesahkan sindom lupa,suka marah dan daya ingatan lemah banyak berlaku dikalangan mereka yang suka menggunakan plumbum dan aluminium... Seelok-eloknya... guna pinggan mangkuk atau cawan kaca yang cantik2 yang kita beli kat umah tue... bukan apa kalau plastik terdapat banyak plak bahan kimia..... ish..ish..ish... dunia zaman sekarang... meh ler kita fikir-fikirkan... nanti lieeya sambung plak entry nie dlm second post plak kay.....baibai..!!!!






















 

 

Thursday, November 11, 2010

Kurang Tidur Boleh Tambah Berat badan.

Nie ada satu info yang saya nak share ngan uols. Mana tau info nie berguna bagi semua... terutama uols yang mementingkan pertambahan dan pengurangan berat badan hehe.. Kajian terbaru dari Universiti Chicago menunjukkan kekurangan tidur boleh menyebabkan pertambahan berat badan.

Malah, dua kajian yang disiarkan mendapati, sukarelawan yang terbabit dalam penyelidikan dengan tidak mendapat tidur mencukupi, mempunyai sejenis hormon yang kadarnya tinggi dan mencetuskan rasa lapar.

"Sehubungan itu, kami mengesyorkan mana-mana program pengurangan berat badan turut memasukkan faktor mendapat tidur yang secukupnya sebagai salah satu tips yang berguna," kata pakar tidur universiti berkenaan, Dr Esra Tasali, yang turut terbabit menghasilkan kajian itu.

Satu kajian membabitkan 18,000 dewasa yang dikeluarkan bulan lalu oleh Pertubuhan Kajian Obesiti Amerika Utara mendapati, mereka yang menikmati tidur kurang empat jam semalam, adalah 73 peratus lebih mudah untuk obese atau gemuk berbanding mereka yang tidur tujuh hingga sembilan jam lamanya.Responden yang tidur hanya lima jam mencatatkan hormon ghrelin yang meningkatkan selera makan.

Dalam kajian itu, penyelidik mendapati tahap optimum tidur bagi tujuan mengawal berat badan adalah purata 7.7 jam.

"Tindakan mengurangkan waktu tidur hanya membuatkan selera makan meningkat dan makan berlebihan."

* Lepas nie harapnya saya punya waktu tidur yang cukup hehe .........

Urap Pegaga dan Daun Selom

Bahan-bahan yang diperlukan,
 
200gm Daun pegaga (diracik halus)
200gm Daun selom (diracik halus)
2 biji   Bawang merah
1 Ulas Bawang putih
1/2 inci belacan
4-5 biji cili padi
2cm halia muda
Sesenggam udang kering 
1 sudu makan jus limau kasturi
Sedikit kelapa parut (ambil yang putih jer)
garam n gula secukup rasa.

Cara-caranya..

Mula-mula korang goreng (tanpa minyak) bawang merah,bawang putih,udang kering dan halia.
Tumbuk bahan-bahan yang digoreng tadi bersama cili padi dan belacan sehingga lumat.
Gaulkan bahan-bahan yang ditumbuk bersama daun pegaga dan daun selom tadi.
Masukkan jus limau,garam dan gula secukup rasa.
Akhir sekali bolehlah dimasukkan kelapa parut dan kacau hingga sebati.

* daun pegaga n daun selom tu korang bolehlah basuh dengan air garam bagi memastikan kebersihan daun-daun tu sebelum korang racik
*resepi nie kalau makan dengan nasi panas... best.. yummy..yummy...





Hilangkan Bau Dalam Peti Ais

Mula-mula korang kenalah bersihkan peti ais korang dulu. Cara-caranya, tutup dulu semua suis (untuk keselamatan, hehe..) n keluarkan semua bahan yang terdapat dalam peti ais korang. Guna tuala yang basah untuk lapkan keseluruhan bahagian dalam peti ais tu dan biarkan peti ais tu kering. Setelah kering masukkan balik semua bahan yang sepatutnya korang simpan dalam peti ais tu. Lepas tu, letak sedikit esen vanilla dalam bekas kecil tanpa penutup dalam peti ais korang tu. Hasilnya peti ais korang akan berbau vanilla yang segar. Cubalah.......best bau nyer... hehehe...

Wednesday, November 10, 2010

Tips on Keeping Your Ice Cream smooth from Store to Home

Ice cream is extremely sensitive to temperature fluctuations that can cause it to lose its texture or shrink. Here are some useful tips on how to keep your ice cream in perfect condition from the store to your home.
  • Choose a tub that feels very cold and solid.
  • Always pick up ice cream last when grocery shopping
    to minimize time out of the freezer.
  • Go straight home from the store and try to keep travel
    time within 30 minutes.
  • Use an insulated bag such as a cooler bag to store ice cream for the ride home.
  • Make sure your home freezer is set to its coldest temperature.

Tuesday, November 9, 2010

Munajat Buat Permataku

Ya, Allah, mudahkanlah anakku melalui ujian di dunia apatah lagi di akhirat....Tunjukkanlah mereka memilih yang benar dan hindarkanlah meraka dari memilih yang salah.....Dengan rahmat-Mu Ya Allah, lindungilah mereka dari kejahatan segala makhluk yang boleh menggangu gugat imannya kepada-Mu... Kasihanilah dia dengan penjagaan-Mu yang tak pernah tidur,genggamlah jiwanya dengan kelembutan-Mu dan bimbinglah akal dan perasaannya dengan cahaya ilmu-Mu... Ya Allah jadikan mereka sebagaimana Ismail A.S di sisi Ibrahim A.S pada diriku.. Sesungguhnya engkau tak pernah menghampakan hamba-Mu yang memohon dan menyangka baik pada ketentuan-Mu.. Wahai Tuhan Yang Maha Belas Kasihan ku serahkan jiwa anak-anakku dalam penjagaan-Mu... Amin....

Air Halia Kuruskan Badan

Nie salah satu petua untuk kuruskan badan.. hehe..
Uols boleh kisar dlm 3cm halia ngan setengah cwn air, tapis n perahkan sebiji limau kasturi n letak ler sedikit gula dlm jus tue.. Amalkan minum sblm masuk tido... Dlm sebulan Insyaallah uols boleh ler lihat hasilnye...